Wednesday, October 31, 2018

RESDUNG : PUNCA DAN CARA MENGATASINYA

Apa itu Resdung?



  • Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.
  • Resdung, juga dikenali sebagai sinusitis / jangkitan sinus atau rinosinusitis, adalah keradangan pada sinus yang menunjukkan gejala/tanda. Tanda dan gejala biasa termasuk lendir tebal dalam hidung, hidung tersumbat, dan sakit pada muka.Tanda dan gejala lain mungkin termasuk demam, sakit kepala, kurang deria bau, sakit tekak dan batuk.
  • Resdung ("Sinusitis") boleh disebabkan oleh jangkitan, alahan, pencemaran udara, atau masalah struktur dalam hidung. Dalam kebanyakan kes, ia adalah disebabkan oleh jangkitan virus.
  • Jangkitan bakteria boleh hadir sekiranya gejala bertahan lebih daripada sepuluh hari atau jika seseorang menjadi lebih teruk selepas menjadi bertambah baik. Episod berulang lebih cenderung pada mereka yang memiliki asma, cystic fibrosis, dan fungsi imun yang lemah.
  • Bagi sesetengah kes, ia boleh dielakkan dengan membasuh tangan, mengelakkan merokok, dan imunisasi.
  • Ubat tahan sakit seperti naproxen, steroid hidung, dan pengairan hidung boleh digunakan untuk membantu menangani gejala.
  • Rawatan awal yang disyorkan untuk ARS adalah pemantauan ketat. Sekiranya gejala tidak bertambah baik dalam tempoh 7-10 hari atau menjadi lebih buruk, maka satu antibiotik boleh digunakan atau diubah. Pada mereka yang menggunakan antibiotik, sama ada amoxicillin atau amoxicillin / clavulanate adalah disyorkan bagi rawatan pertama.
  • Pembedahan kadang-kadang mungkin digunakan pada orang dengan penyakit resedung kronik.
  • Resdung ("Sinusitis") merupakan keadaan yang biasa. Ia menjejaskan kira-kira 10% dan 30% daripada orang setiap tahun di Amerika Syarikat dan Eropah.
  • Wanita lebih kerap terjejas berbanding lelaki. Sinusitis kronik menjejaskan kira-kira 12.5% daripada penduduk.

Gejala Resdung (Sinusitis)
  • Hidung selalu tersumbat
  • Lender dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

Kemudaratan Resdung

  • Jangkitan nanah di kawasan sekeliling mata
  • Jangkitan otak
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Menerukkan keadaan lelah
  • Berdengkur secara kronik
  • Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
  • Alahan hidung
  • Selsema biasa yang melarat

Individu berisiko

  • Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
  • Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
  • Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
  • Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.

Komplikasi

1. Kanak-kanak

  • Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.
  • Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.
  • Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.
  • Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.
2. Dewasa
  • Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.
  • Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.
  • Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus. 

Set Resdung Shaklee 




Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinusitis)
  • Ramuannya yang kaya dengabn sumber klorofil dapat membantu mengurangkjan tahap keradangan daripada alergi(allergy), gegata(hives) dan resdung(sinusitis).
  • Mereka yang menghidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.
B-Complex
  • Kandungan B6 dan B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B-Complex akan menjadi penstabil hormon dan menenanb semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.
Vitamin C
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam  meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharaan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Omega Guard
  • Bertindak untuk mengurangkan keradangan akibat resdung.
  • Berfungsi juga untuk memanaskan badan.
  • Sangat sesuai diambil mereka yang sangat sensitif terhadap persekitaran seperti pesakit asthma. 

Garlic 
  • Ia berfungsi sebagai antibiotik dan antibakteria semulajadi terbaik, yang membantu mengurangkan selsema.







Nak dapatkan Set Resdung Shaklee ? Anda ada pertanyaan atau kemusykilan boleh hubungi saya :



SID : 1115283 Sharon Jane
FB : https://www.facebook.com/jane27488
whatsapp: +60133324725
email : sharonjane27488@gmail.com





No comments:

Post a Comment

STAR PRODUCT IN THE HOUSE!!!

Jom sis share sedikit manfaat item-item promo ni ya.. baca-baca dulu kita, mnatau ada yang ngam, 😄😄 Siapa yang perlukan? Apa manfaatnya?...