Perlu dipahami bahawa sembelit tidak didignoskan menerusi bilangan hari anak tidak membuang air besar. Ada ibu-bapa yang bimbang bila anak tidak membuang lebih dari 2 atau 3 hari. Sebenarnya ianya masih normal jika mereka tidak buang air besar dalam masa 3 hari asalkan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda sembelit. Antara tanda-tanda anak mengalami sembelit ialah:
- Resah dan menangis terutama ketika ingin membuang air besar. Ini lazimnya dialami bayi.
- Bagi anak yang lebih besar, mereka mungkin mengadu sakit perut atau meneran dengan teruk. Kadangkala dia akan berdiam diri di satu sudut macam sofa, meja atau dinding, meniarap sambil berdiri, kadangkala menangis.
- Najis kelihatan keras, kering dan berketul-ketul seperti tahi kambing.
- Anak sering kentut dan najis berbau lebih busuk.
- Apabila sering berlaku, sembelit boleh dikesan apabila anak membuang maksimum 3 kali seminggu, sering kembung dan kurang selera.
- Najis bercampur dengan darah disebabkan rektum yang luka akibat najis yang keras dan sukar dikeluarkan.
Punca Sembelit Dikalangan Bayi dan Kanak-kanak.
- Susu Formula
Bagi bayi yang berumur di bawah 6 bulan,
susu formula merupakan punca sembelit yang paling kerap dikenalpasti.
Bayi yang menyusu badan secara eksklusif pula jarang mengalami sembelit.
Biasanya, keadaan masih normal jika bayi menyusu badan tidak buang air
besar sehingga 5 hari.
- Dehidrasi atau Kurang Air Dalam Badan
Keadaan ini lazim dikaitkan dengan anak
yang kurang sihat seperti selsema, demam, sakit tekak atau nak mula
tumbuh gigi. Anak yang kurang sihat menyebabkan mereka hilang selera
makan dan kurang minum lalu menyebabkan dehidrasi. Apabila kurang sumber
air dari makanan dan minuman, tubuh akan menyerap air dari najis bagi
mengelak dehidrasi teruk. Jadi najis menjadi kering dan keras lalu
tersimpan lebih lama dalam usus besar dan menjadi punca sembelit.
- Tidak Hirau atau Berlengah-Lengah Untuk Ke Tandas
Kebanyakan anak di usia 4 atau 5 tahun
sudah tidak memakai lampin dan akan ke tandas untuk membuang air.
Kadangkala anak- anak ini terlalu leka bermain, menonton televisyen atau
asyik dengan gajet sehingga suka berlengah- lengah untuk ke tandas
apabila hendak buang air. Bagi anak yang sedang dalam proses “potty
training”, mereka kadangkala mengalami tekanan atau sukar untuk
menggunakan tandas. Akibatnya anak menjadi takut dan menahan diri untuk
ke tandas. Najis akan terkumpul terlalu lama di dalam usus besar akan
menjadi keras dan menyebabkan sembelit.
- Kecacatan Sejak Lahir
Ada juga kes sembelit yang disebabkan
kecacatan sejak lahir (congenital disease) yang digelar “Hirschprung
Disease “. Ianya keadaan di mana lubang dubur agak kecil dan ketat lalu
sukar membuang air besar. Terdapat juga kes pembentukan lubang dubur
tidak sempurna akibat masalah “spinal bifida”, “anorectal malformation”
dan “cystic fibrosis”.
Jika bayi dan anak sembelit teruk secara
berterusan, adalah dinasihatkan untuk membawa mereka berjumpa doktor
supaya kemungkinan “Hirschprung disease” dapat dikesan lebih awal.
Pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk mengubati penyakit ini bagi
mengelak sembelit berulang.
Jika dibiarkan, kemungkinan anak tidak
dapat membuang air besar selama beberapa bulan sehingga abdomen mereka
menjadi kembung dan ini amat merbahaya.
Cara Atasi Anak Sembelit Teruk
Selain menggunakan ubat untuk
melembutkan najis, terdapat juga cara mengatasi sembelit di kalangan
anak- anak secara semulajadi. Antara cara atasi anak sembelit teruk
tanpa guna ubat ialah:
- Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan gerakkan kakinya seperti sedang mengayuh basikal. Ini akan meransang pergerakan najis dalam usus.
- Jika bayi yang menyusu formula, cuba tukar jenama susu. Anda mungkin perlu bertukar beberapa kali sehingga mendapat susu yang susuai dengan bayi.
- Bagi bayi berumur 6 bulan ke atas, boleh beri makan sayur dan buah tinggi serat. Pastikan makanan ini dipurikan ye. Jus betik juga elok untuk mengatasi sembelit. Selain tinggi kandungan serat, betik juga mengandungi bahan yang membantu pergerakan usus.
- Beri anak minum air kosong sekerap mungkin tapi sedikit- sedikit.
- Kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang dan lobak merah
- Seimbangkan pengambilan makanan dan minuman
- Bagi bayi berumur 10 bulan ke atas, boleh cuba bancuh air “Sunquick” dengan sedikit gula dan beri bayi minum. Boleh juga beri anak yang berumur setahun ke atas makan oren atau minum jusnya. Pastikan ianya oren ye, bukan limau.
Selain cara diatas sis juga cadangkan untuk pengambilan Mealshake Shaklee untuk mengatasi masalah sembelit dikalangan bayi dan kanak-kanak.
Apa kelebihan mealshake ni?
Mealshake sediakan hidangan yang
lengakap dengan vitamin, mineral dan asid amino yang diperlukan oleh
badan kita. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buahan,
sayuran, kacang soya dan lactalbumin (sejenis susu). Lactalbumin
mengandungi protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam
sistem tubuh daripada peringkat bayi sehingga dewasa,
Antara manfaat utama Mealshake:
1) Mempunyai nutrisi lengkap 24 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan.
2) Kaya dengan protein untuk pembinaan sel-sel badan dan otot.
3) Mengandungi asid folik, kalsium,
biotin dan magnesium yang diperlukan oleh badan untuk membina tulang
yang kuat semasa proses tumbesaran.
4) Kaya dengan serat larut untuk membantu proses membuang.
5) Tidak mengandungi pewarna dan gula tiruan.
Bagaimana Mealshake dapat Membantu Masalah Sembelit?
Melashake mempunyai serat larut yang
sangat membantu dalam proses pembuangan. Selain itu, ia juga mengandungi
magnesium yang membantu proses pergerakan usus yang normal. Magnesium
ni juga berfungsi untuk tarik air masuk ke dalam usus dan sekaligus
buatkan najis lebih lembut dan senang untuk dibuang.
Testimoni Pengguna Mealshake untuk Gejala Sembelit
Kesian
kan tengok anak menderita gejala sembelit ni. Mari order sekarang
Mealshake anda. Kesihatan anak bergantung kepada ibu bapa ya. Jangan
biarkan gejala sembelit makin melarat kerana akan membawa kepada masalah
kesihatan yang lebih serius lagi dimasa hadapan.
SID : 1115283 Sharon Jane
FB : https://www.facebook.com/jane27488
whatsapp: +60133324725
email : sharonjane27488@gmail.com
SID : 1115283 Sharon Jane
FB : https://www.facebook.com/jane27488
whatsapp: +60133324725
email : sharonjane27488@gmail.com
No comments:
Post a Comment